Salam sejahtera kepada semua pelajar,
Dengan adanya sistem SDIS(School Digital Integration System), mari kita sama-sama menyokong perkhidmatan e-dagang baharu sekolah dengan kerjasama Koperasi Sekolah. Dengan membeli barangan keperluan sekolah melalui platform ini, kita bukan sahaja memudahkan urusan harian, tetapi juga menyumbang kepada kemajuan dan kebajikan sekolah kita. Setiap pembelian anda akan membantu meningkatkan dana koperasi yang akan digunakan untuk aktiviti pelajar dan projek pembangunan sekolah.
Sokongan anda amat dihargai!
Terima kasih.